Sambutan Hari Agama Sedunia bertentangan akidah Islam

PETALING JAYA : Tindakan pihak tertentu memuat naik poster ‘Selamat Menyambut Hari Agama Sedunia’ menerima bantahan pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh agama yang menegaskan perkara itu tidak wajar berlaku di sebuah negara dengan Islam adalah agama Persekutuan.

Mereka menegaskan, idea sambutan tersebut adalah ajaran Bahai yang meraikannya pada hari Ahad ketiga pada bulan Januari.

Antaranya tokoh agama yang menentang sambutan tersebut adalah Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim; Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Dr. Kamilin Jamilin dan Pakar Rujuk Akidah, Dr. Aizam Mas’ud.

Menurut hantaran Zamri dalam Facebook, sambutan Hari Agama Sedunia adalah inisiatif dan cadangan agama Bahai.

Dalam pada itu Kamilin berkata, beliau amat hairan dan marah dengan sambutan yang berasal dari Amerika itu yang cuba dibawa ke negara ini dengan sambutan itu diraikan oleh pengikut ajaran Bahai pada hari Ahad ketiga Januari.

“Pagi ini saya terlihat poster ini berlegar di media sosial. Sebagai muslim yang ingin mempertahankan akidah, saya hairan dan marah dengan sambutan yang berasal dari Amerika sebegini cuba dibawa ke mari. 

“Dalam Islam, sudah jelas perbahasan Fiqh al-Ta’ayush sebagai panduan berinteraksi dan bertoleransi dalam kepelbagaian kehidupan. Semoga pihak berkenaan menerima teguran ini dan menarik semula posting tersebut,” katanya.

Aizam pula menjelaskan, sambutan merupakan satu bidaah sesat penganut pluralisme agama dan wahdatul adyan atau kesatuan agama dengan menegaskan umat Islam tidak wajar terlibat dan menjadikannya sebagai budaya.

“Perayaan ini diasaskan oleh agama Bahai yang menganut kesatuan agama berasal daripada ajaran Syiah Batiniyyah sesat,” tegasnya.

Dalam pada itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didakwa memuatnaik poster sambutan tersebut telah menariknya dalam media sosial setelah menerima teguran dan pandangan pelbagai pihak.

Terdahulu, tular satu poster Selamat Menyambut Hari Agama Sedunia dengan memetik ayat 13 surah al-Hujurat. -UTUSAN ONLINE

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
10
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts
Read More

Kaabah dicuci hari ini

  MAKKAH – Pemerintah Makkah, Putera Khaled Al-Faisal hari ini menyempurnakan upacara membersihkan Kaabah bagi pihak penjaga dua masjid…