Sebelum Izrail menjenguk

grave2

 

Wahai anak Adam, di manakah hartamu? Di manakah sahabatmu? Di manakah pangkat dan kebesaranmu? Di manakah ahli keluargamu? Dan di manakah anak-anakmu? Siapakah yang akan menyelamatkanmu ketika ini? Adakah anda sudah bersedia untuk disoal?

Adakah anda sentiasa menjaga (membaca) Al-Quran yang akan menjadi penolong kepada anda di dalam kubur atau anda abaikannya? Adakah anda sudah menyediakan amal soleh yang akan menjaga anda nanti dan adakah anda menjaga solat?

Ada tiga amalan sahaja yang masih berterusan menolong mu:

1. Sedekah jariah tetapi berapa banyak sedekah kamu telah keluarķan. Atau semua harta kamu dihabiskan untuk kehidupan kamu di dunia semata mata.

2. Ilmu bermunafaat yang telah kamu berikan untuk kebaikan manusia.

3. Doa anak yang soleh tetapi sejauh mana kamu telah mendidik mereka dengan didikan yang terbaik. Adakah mereka mendoakan kamu sepanjang masa terutamanya setiap waktu solat. Atau kamu hanya utamakan kecemerlangan akademik semata mata untuk kejar kemewahan dunia. Ada manusia kecewa bila anak anak tidak cemerlang dalam pelajaran. Mereka tidak kecewa jika anak tidak tahu baca Quran dan tidak solat.

Awas insaflah diri sebelum Izrail memisahkan kamu dari dunia yang kamu cintai. Kembali ke alam akhirat buat selama lamanya.

Ustaz Sharipudin AB Kadir

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts