Sedih! Mahkamah Syariah semua negeri tak boleh dakwa peliwat?

 

BANGI – Tindakan Mahkamah Persekutuan memutuskan kesalahan liwat di dalam undang-undang Syariah Selangor tidak sah dan bercanggah Perlembagaan, menjadi detik ‘suram’ buat sistem perundangan Islam di Malaysia.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, perkembangan itu bakal memberi impak yang sangat besar terhadap perundangan Syariah.

Keputusan itu juga memungkinkan mahkamah-mahkamah Syariah di semua negeri menerima nasib sama, katanya yang juga Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA).

“Sedihnya pagi ini kita mendapat khabar bahawa Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan kesalahan liwat dalam undang-undang Syariah Selangor adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah.

“Bermakna, pelaku-pelaku liwat tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah dan mahkamah-mahkamah Syariah di semua negeri seluruh Malaysia juga bakal menghadapi nasib yang sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan memutuskan badan perundangan negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang Syariah yang menjadikan seks luar tabii satu kesalahan.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel sembilan hakim berkata, kuasa utama untuk meluluskan undang-undang jenayah terletak pada Parlimen.

Beliau berkata, Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, yang memperuntukkan seks luar tabii boleh dihukum, adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Seksyen yang diluluskan itu juga bertentangan dengan Senarai Negeri di bawah Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, Seksyen 28 tidak konsisten dan tidak sah,” katanya.

Susulan perkembangan itu, PEMBELA akan mengadakan sidang media tergempar berkaitan isu ketidakperlembagaan kuasa Mahkamah Syariah jam 4 petang ini. -Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Zionis makin melampau

  Kuala Lumpur : Laungan azan tidak dibenar menggunakan pembesar suara dan setiap warga Palestin perlu melalui pagar…