Selangor benar solat Aidiladha di masjid, had 50 jemaah – Exco

 

SHAH ALAM: Selangor membenarkan pelaksanaan solat sunat Aidiladha pada pagi 20 Julai ini dengan kapasiti 50 jemaah termasuk pentadbirnya di masjid-masjid negeri ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri Mohd Zawawi Ahmad Mughni menerusi hantaran dalam Facebooknya memaklumkan kebenaran tersebut turut diberikan kepada surau untuk mengadakan solat Jumaat dengan kapasiti 40 jemaah termasuk pentadbir.

Mohd Zawawi berkata kategori masjid yang dibenar melaksanakan solat sunat Aidiladha ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah; Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong; Masjid Raja Fi Sabilillah Cyberjaya; masjid pengurusan; institusi dan kariah manakala surau kariah tidak dibenarkan melaksanakan solat sunat berkenaan. – Astro Awani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts