Selangor benarkan azan guna pembesar suara

 

 

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor masih menunggu aduan rasmi berhubung isu larangan laungan azan menggunakan pembesar suara di perumahan Puncak Alam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, berkata ketika ini beliau hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.

Katanya, kerajaan Selangor mengeluarkan garis panduan pada 2017, iaitu surau dan masjid dibenarkan melaungkan azan menggunakan pembesar suara, manakala dalam kuliah, hanya dibenarkan menggunakan pembesar suara di dalam.

“Dalam masyarakat berbilang kaum, perkara ini sepatutnya boleh diselesaikan dengan perbincangan di antara persatuan penduduk dan wakil rakyat.

“Apabila ia dihebahkan, akan menimbulkan salah faham pada orang yang tidak tinggal di kawasan terbabit.

“Kita masih menunggu aduan rasmi daripada pihak berkenaan. Saya juga sudah maklumkan kepada wakil rakyat untuk beliau membantu dalam dialog di antara penduduk bagi mencari jalan penyelesaian,” katanya di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021.

Turut hadir Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah.

Semalam, media melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli memandang serius isu berkenaan selepas beliau menerima aduan daripada penduduk yang menyatakan pihak surau tidak boleh azan menggunakan pembesar suara. -Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts