Semua pihak perlu konsisten sokong perjuangan Palestin

KUALA LUMPUR: Pergerakan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru masyarakat di seluruh dunia untuk menyokong secara konsisten terhadap perjuangan yang dilakukan oleh rakyat Palestin, pada masa ini.

ABIM melihat pertembungan antara rakyat Palestin dan rejim Zionis Israel semakin memuncak pada ketika ini.

“Pertembungan baru-baru ini adalah kesan daripada kezaliman dan penjajahan berterusan yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin, sejak sekian lama.

“Justeru ABIM menyeru seluruh warga dunia untuk konsisten menyokong perjuangan rakyat Palestin.

“Perjuangan ini dibuat kerana rakyat Palestin mendambakan kebebasan dan kemerdekaan tanah air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ABIM juga menggesa semua pihak supaya menghormati batas kemanusiaan khususnya dalam melindungi orang awam yang terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan warga emas di wilayah bergolak itu.

Sejak kelmarin, pejuang Hamas di Semenanjung Gaza, melakukan serangan terhadap Israel, sebelum Israel melakukan serangan balas. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts