Israel tahan semula wartawan Palestin enam bulan tanpa bicara

 

BAITULMAQDIS – Tentera Israel mengarahkan seorang wartawan Palestin ditahan semula tanpa perbicaraan selama enam bulan, selepas dibebaskan kurang daripada setahun.

Mohammed al-Qiq, 34, ditahan atas sebab mogok lapar berpanjangan dan dibebaskan pada Mei tahun lalu.

Bagaimanapun Qiq ditahan semula bulan lalu kerana didakwa terlibat dalam aktiviti kumpulan militan Hamas melawan Israel, termasuk melemahkan pentadbiran Palestin di Ramallah.

Qiq ditahan untuk tempoh enam bulan tanpa dibicarakan di mahkamah, berdasarkan dakwaan pasukan perisikan dia masih aktif dalam militan Hamas dan kononnya mengancam keselamatan rakyat Israel.

Isterinya, Fayha Shalash memberitahu, Qiq sekali lagi memulakan mogok lapar ketika ditahan dipenjara kali ini.

Qiq pernah dipenjara sebulan pada 2003 dan 13 bulan pada 2004 atas tuduhan yang sama. Pada 2008, dia dipenjara 16 bulan atas tuduhan berkaitan dengan aktiviti majlis pelajar di Universiti Birzeit Tebing Barat. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Cintaku diuji

  Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin Hanya zikrullah yang mampu memberikan ketenangan kepada si suami, Ahnaf Abdul Qais,…