Indahnya Islam Indahnya Islam
  • UTAMA
  • KEMPEN
  • SEMASA
    • Dunia Islam
    • Hari Ini Dalam Sejarah
  • TOKOH
  • TARBIAH
  • KOLUMNIS
    • Kalam Tokoh
    • Soal Jawab Agama
    • Perkongsian Siyasah
  • INFOGRAFIK
  • MEDIA
    • Twitter
    • Facebook
    • Telegram
    • Instagram
  • Kenali
  • Hantar Artikel
  • Hubungi Kami
  • Iklan
  • Waktu Solat
Indahnya Islam Indahnya Islam
  • UTAMA
  • KEMPEN
  • SEMASA
    • Dunia Islam
    • Hari Ini Dalam Sejarah
  • TOKOH
  • TARBIAH
  • KOLUMNIS
    • Kalam Tokoh
    • Soal Jawab Agama
    • Perkongsian Siyasah
  • INFOGRAFIK
  • MEDIA
    • Twitter
    • Facebook
    • Telegram
    • Instagram
Indahnya Islam Indahnya Islam
The Latest
“Jangan Lupa Sejarah!” Iran Sindir Jerman, Tuduh Sokong Penjajahan Zionis
  • Berita Hari Ini
byQoftech
June 16, 2025
2 minute read
No comments
Pemimpin Misteri H4mas: ‘Hantu al-Qassam’ Kini Mengemudi Perlawanan di G4za
  • Berita Hari Ini
byQoftech
June 14, 2025
2 minute read
No comments
Calon SPM, Dua Dibunuh – Apa Yang Kita Terlepas Pandang?
  • Berita Hari Ini
  • Semasa
byadmin
June 13, 2025
2 minute read
No comments
Dah Ambil Wuduk, Tiba-tiba Isteri Pegang Tangan… Kena Ulang Semula Ke?
  • Fiqah
  • Kekeluargaan
  • Soal Jawab Agama
byadmin
June 13, 2025
2 minute read
No comments
  • zakir naik
  • woldcup
  • wanita
  • uthmaniyyah
  • ustaz
  • umrah
  • turki
  • turkey
  • tinju
  • texas
  • Semasa

Semua YB perlu daulatkan Islam

September 20, 2017
4 minute read
Total
0
Shares
0
0
0

 

DALAM musim heboh diperkata pilihan raya umum (PRU) bakal diadakan tidak lama lagi, pelbagai janji sudah mula ditabur oleh segelintir pihak bagi memancing undi. Rencana hari ini bukan untuk memancing undi tetapi ingin mengingatkan semua parti politik tentang tanggungjawab masing-masing.

Sebagai antara pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersifat non-partisan, saya melihat PRU sebagai wadah perubahan masyarakat. Adalah menjadi tanggungjawab semua wakil rakyat dipilih untuk mendaulatkan Islam sesuai dengan kedudukannya sebagai agama Persekutuan.

Gagasan NGO Islam pernah mengemukakan memorandum kepada semua parti politik sebelum PRU ke-12 dahulu. Antara tuntutan yang dibuat adalah menolak agenda Suruhanjaya Antara Agama yang mempromosi kebebasan berlandaskan fahaman sekular liberal.

INISIATIF MENDAULATKAN ISLAM

Sebarang tindakan mempersenda Islam secara lisan, tulisan atau media siber dan elektronik perlu ditangani dengan serius mengikut peruntukan bawah Kanun Keseksaan termasuklah dalam kalangan ahli politik.

* Bidang kuasa jenayah mahkamah syariah diperluas menerusi pindaan Akta Bidang Kuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1984 serta Enakmen Pentadbiran negeri mestilah direalisasikan.

* Mahkamah sivil dan mahkamah syariah disamatarafkan dari aspek perjawatan, penggajian, status serta prasarana.

* Penyeragaman undang-undang Islam hendaklah dilaksanakan dengan kadar segera dan diwujudkan Akta Profesion Guaman Syarie bagi mengawal selia peguam syarie seluruh negara seperti rakan mereka, peguam sivil.

* NGO Islam pernah menuntut supaya digubal dan diwartakan dengan segera undang-undang mengawal penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan umat Islam di seluruh negara selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

* Sehingga hari ini Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak masih belum menggubal undang-undang tersebut.

Segala usaha hendaklah dipadukan bagi meningkatkan tahap profesionalisme dan keberkesanan agensi Islam dalam mendaulatkan Islam di Malaysia. Kerajaan dituntut mengambil tindakan tegas termasuk:

* Membatalkan mana-mana lesen perniagaan majikan yang menyukarkan apatah lagi menghalang pekerja Islam mengamalkan ajaran Islam seperti menghalang pemakaian tudung, solat Jumaat, berpuasa, cuti mengerjakan haji dan syiar-syiar Islam yang lain.

MARTABAT PENDIDIKAN ISLAM

Proses pembentukan jati diri Muslim perlu dilaksanakan melalui sistem pendidikan yang mementingkan Islam sebagai satu cara hidup.

Dengan itu, NGO Islam juga menuntut supaya kerajaan memperkasa pendidikan Islam dalam sistem pendidikan kebangsaan termasuk menambah waktu dan pendekatan pengajaran Islam di sekolah yang membentuk jati diri kebangsaan.

Malaysia hendaklah menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dan perkembangan keilmuan Islam. Bantuan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) hendaklah dikembalikan dan buku teks percuma juga dinikmati pelajar SAR.

Kerajaan dipilih juga didesak menghentikan amalan diskriminasi Kementerian Pendidikan di mana menafikan peluang murid cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dari sekolah agama swasta memasuki sekolah berasrama penuh bawah kelolaan Kementerian Pendidikan dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) serta memberi peluang pelajar cemerlang dalam kalangan keluarga miskin memasuki sekolah berasrama penuh.

Kemudahan biasiswa dinikmati pelajar Melayu juga perlu diberikan kepada pelajar Islam bukan berketurunan Melayu. Di samping itu, kerajaan digesa menambah jumlah penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kalangan pelajar Melayu/Islam yang cemerlang. Amalan pemberian biasiswa JPA kepada pelajar bukan Islam sejak akhir-akhir ini tidak sepatutnya menjejaskan peluang pelajar Islam/Melayu yang cemerlang untuk mendapat tajaan.

Amalan bacaan al-Quran, doa dan sambutan perayaan kebesaran Islam perlu diteruskan kerana ia sama sekali tidak menghakis keharmonian kaum dan agama, malah mendidik anak bangsa menjadi insan bersahsiah mulia.

BENTUK AKHLAK TERPUJI

Kementerian Komunika­si dan Multimedia pula hendaklah memahami aspirasi, sensitiviti umat Islam dalam merangka dasar penyiaran dan melaksanakan program membina masyarakat berakhlak terpuji.

Antaranya:

* Program berunsur pendidikan Islam dan moral perlu diperbanyak serta disiarkan pada waktu puncak, sementara azan sepenuhnya hendaklah disiarkan pada setiap waktu.

* Program hiburan mempromosi budaya hedonisme Barat hendaklah dihentikan termasuk program hiburan realiti.

BEBAS RASUAH, SALAH GUNA KUASA

Sistem politik dan tadbir urus baik adalah syarat utama kejayaan dan kelangsungan sesebuah negara. Kesejahteraan rakyat akan terbela dengan mewujudkan sistem politik adil, tadbir urus baik dan sistem penyampaian cekap. Kerajaan dipilih hendaklah bebas daripada amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Sebagai sebuah negara majoriti Islam yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama, keharmonian hubungan kaum dan agama adalah ramuan utama kestabilan politik serta ketenteraman awam. Usaha ekstremis agama dan perkauman sempit hendaklah ditolak. Oleh demikian, pemimpin dipilih hendaklah mempertingkat komitmen terhadap keharmonian hubungan kaum dan agama.

JAGA KEHARMONIAN AGAMA, KAUM

Parti politik tidak sensitif terhadap kepentingan hubungan kaum dan agama termasuk mempersenda kedudukan agama Islam di Malaysia hendaklah ditolak.

* Pembinaan rumah ibadat tanpa mengikut peraturan hendaklah dikawal tanpa mengira agama.

* Jika pihak berkuasa agama tegas dalam melaksanakan peraturan membina surau dan masjid, mereka ternyata sangat lemah apabila berhadapan dengan pembinaan rumah ibadat agama lain.

* Bilangan pegawai penguat kuasa agama dan profesionalisme mereka dalam membanteras gejala maksiat dan salah laku moral perlu dipertingkat.

* Kerajaan dituntut melaksanakan undang-undang anti maksiat sedia ada dengan tegas, telus dan berkesan.

Demikianlah antara tuntutan NGO Islam dalam PRU Ke-12 lalu. Saya tidak berhasrat untuk mengupas satu persatu sejauh manakah tuntutan NGO Islam arus perdana ini telah dipenuhi.

Terpulanglah kepada pembaca sendiri meneliti dan menginsafi setakat mana tuntutan NGO Islam ini telah diambil tindakan berbanding dengan tuntutan yang dizahirkan oleh golongan lain.

Walaupun beberapa tokoh politik telah menyatakan mereka akan memastikan tuntutan ini dipenuhi namun realitinya memorandum yang dihantar oleh NGO Islam arus perdana ini dipinggirkan pelbagai pihak.

Datuk Zainul Rijal Abu Bakar

Sumber: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/semua-yb-perlu-daulatkan-islam-1.526275

Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Pin it 0
Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Indahnya Islam
Related Posts
Read More
3 minute read
  • Semasa

Meluruskan salah faham tentang hadis ‘rahmah’

  SAYA membaca kenyataan yang ditulis oleh Pegawai Khas Menteri Agama ini. Secara dasarnya saya tidaklah berbeza dengan…
byadmin
October 29, 2019
No comments
Read More
1 minute read
  • Semasa

Di mana kedudukan kita di sisi Allah?

  KEDUDUKAN kita di sisi Allah ditentukan oleh tentang apa kita disibukkan dan apa yang kita mohon dan…
byadmin
August 14, 2020
No comments
Read More
1 minute read
  • Dunia Islam
  • Semasa

Pemimpin dunia kutuk serangan di Afghanistan

ANKARA – Beberapa pemimpin dunia mengutuk serangan keganasan di Kabul, Afghanistan yang mengorbankan lebih 60 orang, termasuk 13…
bynurdieyla
August 28, 2021
No comments
Read More
1 minute read
  • Semasa

SPRM perlu berani siasat kes rasuah, jangan tunggu berpuluh tahun

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu berani menyiasat sesuatu kes rasuah atau salah guna kuasa…
bynurdieyla
January 25, 2024
No comments
Indahnya Islam Indahnya Islam
⚡ oleh Rekasawang