Senator cadang pakaian pramugari patuh syariah

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadangkan memperkenal peraturan pakaian patuh syariah kepada pramugari di semua syarikat penerbangan Malaysia selaras dengan pengiktirafan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Senator, Datuk Hanafi Mamat berkata, langkah itu tidak akan merugikan syarikat penerbangan kerana kualiti sesebuah penerbangan bergantung kepada perkhidmatan ditawarkan.

“Kita bangga Malaysia sebuah negara Islam, ada budaya sendiri, tapi apabila pramugari berpakaian seksi dan tidak sopan, ini boleh memberi persepsi kepada pelancong yang banyak menggunakan perkhidmatan penerbangan Malaysia ke negara ini.

“Sudah tiba masanya kerajaan menyediakan peraturan pakaian baharu supaya dapat memberi gambaran Malaysia sebagai negara Islam dan memegang ciri-ciri budaya Timur yang kuat,” katanya pada perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 di Dewan Negara di sini, semalam. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. Sepatutnya mewajibkan keatas semua musimat. Didahului dgn semua Kerabat di raja, ister² menteri, ahli parlimen dan wakil rakyat, baru boleh di canangkan sbg negara Islam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Menjual doa

  Beberapa hari lepas saya terkejut apabila melihat satu fanpage facebook yang menawarkan khidmat berdoa di tanah suci.…