home Semasa Sentiasa berdoa diperbaharui Iman

Sentiasa berdoa diperbaharui Iman

 

1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah ﷺ memberikan perumpamaan kepada kita bawah iman adalah seperti sehelai baju. Ia boleh lusuh dan luntur. Sabda Rasulullah ﷺ:

إِنَّ الْإِيمَانَ لَيَخْلَقُ فِي جَوْفِ أَحَدِكُمْ كَمَا يَخْلَقُ الثَّوْبُ، فَاسْأَلُوا اللهَ أَنْ يُجَدِّدَ الْإِيمَانَ فِي قُلُوبِكُمْ

“Sesungguhnya iman itu dijadikan di dalam rongga kamu sepertimana dijadikan pakaian. Maka mohonlah kepada Allah agar iman sentiasa diperbaharui dalam hati kamu. (HR al-Tabrani)

2. Oleh yang demikian, Rasulullah ﷺ menggalakkan kepada kita agar sentiasa berdoa supaya iman kita sentiasa diperbaharui oleh Allah. Oleh itu tidak hairanlah apabila Saidina Anas menyatakan, antara doa yang paling banyak di baca oleh Rasulullah ﷺ adalah doa agar ditetapkan hati dan keimanan atas agama ini. Kata Anas:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ: (يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ)

“Sesungguhnya Rasulullah ﷺ banyak mengucapkan doa: Ya Muqallibal Qulub, Thabbit Qalbi Ala Dinika.”(HR al-Tirmizi)

3. Oleh yang demikian, perbanyakkan berdoa agar Allah sentiasa menetapkan hati kita di jalan Allah. Mohon kepada Allah agar sentiasa memperbaharui iman kita dengan do aini:

اَللّهُمّ جَدِّدْ الإِيْمَان فِيْ قَلْبِي

“Ya Allah, perbaharuilah iman dalam hatiku.”

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *