Setelah menjelajah ke 60 buah negara, akhirnya lelaki ini bertemu Islam

 

Empat tahun dahulu dia mengambil keputusan untuk meninggalkan tanah airnya bagi merealisasikan impian untuk mengelilingi dunia. Antara negara yang dilawati beliau adalah Turki, Indonesia, Albania dan Malaysia. Pada asalnya, perjalanan beliau hanyalah untuk menjadikan impian yang lama tersimpan menjadi kenyataan. Dia berkongsi perjalanannya dengan keluarga dan teman-teman melalui poskad. Poskad yang dihantar ini menjadi kegilaan di kalangan rakan kepada keluarganya serta teman kepada temannya.

Kita juga tentunya memiliki impian seperti beliau, menjelajah ke pelusuk alam, meneroka pelbagai negara. Menerima poskad dari seseorang yang merealisasikan impian mereka dan berkongsi pengalaman mereka dengan kita, tentunya akan menceriakan hari kita.

Ini adalah kisah pendek berkenaan Michael Ruppert, seorang lelaki Belanda-Belgium berusia 29 tahan yang telah menziarahi 60 negara dalam masa empat tahun dan akhirnya bertemu dengan Islam!

Apabila kita menggelar diri seorang musafir, kita akan cuba meminimakan kos sepanjang perjalanan. Apa yang lebih penting ialah melakar dan merekodkan sepenuhnya memori yang diperolehi hasil penerokaan kawasan yang tidak pernah diteroka orang lain. Minatnya yang sangat mendalam bidang pengembaraan telah menarik minat ramai penyumbang yang budiman yang ingin melihat beliau meneruskan perjalanan meneroka ke polosok dunia.

Sebagai balasan, Michael menghantar lebih banyak poskad dan apa yang menarik, setiap sumbangan yang beliau terima akan disumbangkan semula kepada yang memerlukan. Di sebuah sekolah dan beberapa pusat pengajian di Zimbabwe contohnya, beliau dilihat menyampaikan kalam-kalam penuh inspirasi kepada para penuntut di sana.

Michael belum memeluk Islam apabila beliau memulakan perjalanannya. Segalanya mula berubah apabila beliau tinggal bersama beberapa keluarga Islam. Beliau menjelaskan dalam sesi temuramah bersamanya “Selepas tinggal bersama banyak keluarga muslim di Malaysia dan Indonesia, mula timbul keinginan untuk mengetahui: Apa yang mereka baca di dalam Al-Quran? Apa yang dilakukan di masjid mereka? Apakah hari-hari perayaan mereka? Perasaan ingin tahu ini akhirnya membawa saya kepada Islam”.

Dalam temuduga tersebut, beliau menyatakan tentang kesamaan budaya pelbagai bangsa di dunia. Beliau berharap, dengan perkongsiaannya, setiap orang akan dapat mempelajari adat budaya orang lain seterusnya dapat menerima perbezaan. Natijahnya nanti, beliau berharap bentuk tohmahan seperti apa yang diperkatakan oleh Donald Trump seharusnya tidak mencetuskan polemik antara agama dan bangsa.

 

 

Facebook Page beliau Starring You mula diwujudkan apabila beliau banyak menerima permintaan untuk berkongsi gambar-gambarnya dari individu bukan dari kalangan keluarga dan rakan-rakannya. Ini juga merupakan peluang baginya untuk berkongsi pengalamannya sepanjang perjalanan. Pada ketika yang sesuai, beliau akan mengambil peluang mengadakan pertemuan bersama followers beliau secara hidup di pelbagai lokasi.

Di zaman teknologi hari ini, menerima poskad dalam bentuk yang asli tentulah mengujakan. Maka bagi yang beringinan, jangan lupa untuk berkongsi alamat anda bersama Michael di Page beliau atau Like Page beliau untuk terus mengikuti perjalanannya.

Sumber: http://mvslim.com/man-travelled-60-countries-4-years-found-islam-way/

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts