Sokong titah Sultan Selangor zakat hanya untuk umat Islam

 

BANGI – Gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyambut baik titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa agihan kutipan zakat hanya untuk lapan golongan asnaf dalam kalangan umat Islam.

Semalam, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin menitahkan bahawa lapan golongan tersebut termasuklah asnaf fakir, miskin dan golongan mualaf (saudara baharu).

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, Sultan Sharafuddin telah mendapat nasihat daripada Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid bahawa agihan zakat kepada golongan bukan Islam hanya dibolehkan sekiranya ia menjadi penyebab individu berkenaan memeluk agama Islam di bawah asnaf Mu’allati Qulubuhum.

Menyokong penuh titah Sultan Selangor, Presiden Isma, Haji Aminuddin Yahaya berharap semua pihak tidak lagi cuba mempertikai dan mempersoalkan isu berkenaan zakat ini.

Beliau berkata, keperluan umat Islam untuk menerima agihan zakat lebih terdesak dan memerlukan berbanding kaum lain.

“Jadi, jangan buka pintu ini (agihan zakat) kepada agama lain. Lagipun kutipan di kuil-kuil dan gereja tidak pernah diberi kepada orang Islam. Jangan ‘double standard’ (berat sebelah).

Pada masa sama, Aminuddin percaya agihan zakat kepada agama lain adalah satu cubaan untuk mengganggu-gugat keutuhan sistem Islam.

“Justeru kita harap semua pihak termasuk mufti jangan membuat fatwa sendiri yang sekadar mencari populariti,” katanya.

Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar institusi zakat melakukan pembaharuan dengan memperluaskan bantuan kepada orang bukan Islam.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, dalam konteks masyarakat berbilang bangsa di Malaysia tidak sesuai hanya masyarakat Islam dibantu tetapi penganut agama lain dipinggirkan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts