Solat jemaah di masjid, surau WP dibenarkan kapasiti hari ini

KUALA LUMPUR – Kehadiran jemaah bagi solat Jumaat, fardu dan lain-lain di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah mengikut kapasiti sebenar masjid dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter (m) berkuat kuasa hari ini

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata ketetapan baharu itu dilaksanakan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan selaras dengan Peralihan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Beliau berkata semua masjid dan surau juga dibenarkan untuk melaksanakan aktiviti pengimarahan antaranya seperti kuliah maghrib, tazkirah sebelum solat Jumaat, tadarus al-Quran, bacaan Yasin dan doa tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan.

“Semoga umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan terus mematuhi SOP ditetapkan dan memanfaatkan peluang tersebut untuk mengimarahkan masjid dan surau serta bermunajat dan berdoa agar penularan wabak COVID-19 segera berakhir,” katanya dalam kenyataan semalam. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts