Sonny Bill ziarah mangsa serangan masjid Christchurch

 

CHRISTCHURCH – Bintang ragbi All Blacks, Sonny Bill Williams hari ini meluangkan masanya untuk bertemu mangsa serangan pengganas di Hospital Christchurch.

Kehadiran Sonny ditemani seorang lagi pemain All Blacks, Bachar Houli.

Sonny hadir bagi memberi kata-kata semangat kepada 27 mangsa yang masih ditahan di hospital terbabit, termasuk tiga rakyat Malaysia; Mohd Tarmizi Shuib, Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad.

“Saya bangga menjadi Muslim, bangga sebagai rakyat New Zealand kerana itu saya berada di sini.

“Saya mahu tunjukkan solidariti dan bantu mangsa dari aspek psikologi,” katanya.

Dalam kejadian minggu lalu, 50 maut termasuk anak Mohd Tarmizi iaitu Haziq, 17. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts