Status ibadah haji diketahui minggu depan

KUALA LUMPUR – Status perjalanan musim haji tahun ini akan diumumkan minggu depan sama ada ia diteruskan atau dibatalkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat dengan Tabung Haji dan ia akan dibentang ke mesyuarat Kabinet sebelum dipersembahkan kepada Agong.

“Mesyuarat berkenaan status jemaah haji telah diadakan baru-baru ini bersama Tabung Haji sebagai penyelaras jemaah haji di Malaysia.

“Hasil mesyuarat tersebut akan dibentangkan dalam Kabinet kemudian dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, keputusan perbincangan akan diumum pada minggu depan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas baru-baru ini.

Sebelum ini Dr Zulkifli berkata, status perjalanan musim haji tahun ini akan diperincikan selepas mengadakan kunjungan hormat di Kedutaan Arab Saudi.

Semalam, Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia mengumumkan tidak akan membenarkan jemaah dari negara itu untuk menunaikan ibadah haji di Arab Saudi pada tahun ini di tengah-tengah COVID-19.

Menterinya, Fachrul Razi berkata, keputusan itu dibuat kerana wabak masih melanda di hampir seluruh dunia termasuk Indonesia dan Arab Saudi. – ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts