Suntik kembali semangat jati diri sebagai roh kekuatan bangsa

BANGI – Sebagai memperingati dan mengambil iktibar daripada pembentukan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, rakyat Malaysia dijemput bersama-sama meraikan tema Tanah Melayu Berselawat di Masjid Asy Syakirin, KLCC esok.

‘Tanah Melayu Berselawat’ ini adalah inisiatif gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi mengajak orang ramai berselawat dan mendengar ceramah bertajuk ‘Jati Diri Muslim’ daripada penceramah umum, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.

Bagi meraikan Tanah Melayu Berselawat ini, turut diadakan Solat Hajat Perdana untuk Palestin.

Selain memperingati pembentukan Tanah Melayu, Tanah Melayu Berselawat ini juga untuk menzahirkan kesyukuran di atas pertabalan Yang di-Pertuan2 Agong ke-17, Sultan Ibrahim.

Inisiatif itu juga bagi menyuntik kembali semangat jati diri, adat budaya Melayu bersendi syarak sebagai roh kekuatan bangsa Melayu di negara ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyertai ceramah esok digalakkan untuk berbusana Melayu, selari dengan temanya Tanah Melayu Berselawat.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts