Syiah Iran tembak mati kanak-kanak perempuan 3 tahun

ahwazi

 

KHUZESTAN (IRAN) – Pasukan keselamatan Syiah Iran menembak mati seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dari suku Arab Ahwazi, selepas kereta dinaiki bersama ibu bapanya tidak berhenti dalam sekatan jalan raya di Alawi, barat Ahvaz, malam kelmarin.

Sumber memberitahu bapa kanak-kanak itu, Abbas Sawari, yang dikehendaki pasukan keselamatan dalam negeri enggan mematuhi arahan berhenti di sebuah pusat pemeriksaan.

Anggota pasukan keselamatan kemudian melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai Raghed menyebabkan dia terbunuh serta-merta di tempat kejadian.

Ibunya turut cedera terkena tembakan dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan, manakala Abbas pula ditangkap.

Akhir November tahun lalu, ratusan penduduk melakukan protes selepas seorang remaja Ali Jalali, 17 tahun, ditembak mati oleh polis Iran dalam serbuan di pasar al-Nahda dekat Ahvaz.

Ahvaz menjadi sasaran pemerintah Syiah Iran berikutan penduduknya yang semakin ramai dikatakan mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts