Syirik merupakan jenayah yang paling besar di sisi Allah

  1. Islam adalah satu-satunya agama yang diterima Allah. Tidak ada agama lain yang Allah redha kecuali Islam.

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ
“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.” (Aali Imran: 19)

  1. Jenayah yang paling besar di sisi Allah adalah syirik. Dosa lain Allah boleh ampunkan walau pun seseorang pendosa itu tidak bertaubat, tetapi syirik Allah tidak akan ampunkan kecuali jika seseorang itu bertaubat dengan kembali mengesakan Allah.

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya” (An-Nisa’: 48)

  1. Islam berada di atas dari agama-agama yang lain. Tidak boleh menyamakan agama-agama lain sebaris dengan Islam walau pun ada satu dua persamaan antara Islam dan agama lain itu.

الإسلام يعلو ولا يعلى عليه
“Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya.” (Riwayat Baihaqi)

  1. Kesudahan bagi orang Islam yang jahat adalah syurga.

لا يدخل النار من كان في قلبه مثقال ذرة من
إيمان
“”Tidak akan masuk neraka (tidak kekal di neraka) bagi sesiapa yang di dalam hatinya ada iman walau sebesar zarah.” (Riwayt Termizi)

Kesudahan bagi orang bukan Islam yang baik pula adalah neraka.

وَالَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ
“Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam.” (Al-Anfal: 36)

  1. Inilah beberapa akidah Islam yang semakin kelabu di pandangan mata sebahagian umat Islam sekarang. Arus liberal yang kuat menenggelamkan hakikat-hakikat itu. Perkara yang difahami secara mudah oleh generasi awal Islam akhirnya menjadi syubhat oleh generasi akhir zaman ini.
  2. Jika kita faham semua yang saya kongsikan di atas, atas dasar apakah perlu seseorang muslim mengucapkan selamat menyambut hari agama sedunia yang asalnya dipromosikan oleh penganut Bahai?

Jika kerana i’tikadnya bahawa agama lain juga benar dan diterima Allah atau agama lain sebaris dengan agama Islam, maka ada masalah pada akidahnya.

Jika kerana ingin mendapat penghormatan dari penganut agama lain, maka ia adalah perbuatan sia-sia kerana penghormatan tidak akan diperolehi dengan cara itu.

Jika untuk menarik penganut agama lain kepada Islam lalu memeluk Islam, maka itu lebih sia-sia. Sesungguhnya penganut agama lain hanya akan memeluk Islam bila dikhabarkan kepada mereka bahawa agama mereka salah.

Jika sekadar suka-suka …. carilah kerja yang lebih berfaedah.

Wallahu a’lam.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts