Tarikh lihat anak bulan Zulhijjah 22 Ogos

 

KUALA LUMPUR, 22 Zulkaedah 1438H, Selasa – Tarikh bagi melihat anak bulan Zulhijah untuk menetapkan Hari Raya Qurban adalah pada petang 22 Ogos bersamaan 29 Zulkaedah 1438 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Ia akan mengisytiharkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen tarikh 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah iaitu tarikh bagi Hari Raya Qurban.

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan untuk melihat anak bulan Zulhijah di tempat yang ditetapkan.

 Tempatnya ialah Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor.

Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh, Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah; Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah; Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu; Pulau Perhentian, Besut, Terengganu; Balai Cerap Kusza, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.

Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai; Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak dan Kota Baharu yang kesemuanya di Kelantan.

Esplanade Luak, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, kesemuanya di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah; Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands, Bukit Pelindong, Kuantan kesemuanya di Pahang; Tingkat 13 Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa, Labuan; Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat di Perlis. – Bernama

sumber : ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts