‘Terlalu sedikit makanan untuk rakyat Gaza’

Program Makanan Sedunia (WFP) menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza ekoran serangan maut Israel ke atas wilayah terkepung itu.

“Bagi kebanyakan (rakyat) di Gaza, tiada rumah, tiada meja, dan terlalu sedikit makanan,” kata Pengarah negara WFP untuk Palestin, Matthew Hollingworth dalam satu kenyataan.

Matthew berkata, pihaknya berharap dapat membantu lebih banyak kedai roti terutamanya di kawasan utara yang mana orang ramai sangat memerlukan.

“… tetapi kami memerlukan akses dan keselamatan,” katanya.

Israel menyerang Semenanjung Gaza sejak serangan 7 Oktober oleh kumpulan pejuang Palestin Hamas, mengorban sekurang-kurangnya 28,176 orang dan mencederakan 67,784 yang lain.

Serangan negara haram itu menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang teruk, manakala 60 peratus daripada infrastruktur wilayah itu rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).- Agensi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts