Terus berdoa jangan mudah putus asa dengan Allah SWT

Bila COVID-19 menggila, kita doa pada Allah SWT supaya segera angkat wabak ini.

Bila ekonomi merudum, kita doa pada Allah SWT supaya segera pulihkan sara hidup seluruh rakyat negara.

Bila ahli politik bertelagah, kita doa pada Allah SWT supaya segera stabilkan pentadbiran Malaysia.

Tapi bila semua keadaan tidak bertambah baik, jangan putus asa untuk terus berdoa.

Jangan salah sangka Allah SWT tiada kuasa. Boleh jadi Dia mahu kita lalui semua ini dengan hikmah-Nya yang tersendiri.

Sebagaimana tiada nabi yang sunyi dari musuh dan ujian. Sebagaimana tiada manusia yang tidak berdosa dan diikuti dengan penyesalan. Sebagaimana maksud kehidupan itu sendiri adalah untuk kita menerima dugaan.

Rasulullah ﷺ yatim piatu sejak awal usia, kehidupannya sederhana, isteri kesayangannya wafat di depan mata, semua anak-anaknya dijemput Ilahi ketika Baginda masih bernyawa (kecuali Fatimah), diboikot, cuba dibunuh dan pelbagai tohmahan yang melanda.

Tapi Baginda jadi manusia paling mulia. Qudwah buat umat hingga hujung dunia.

Teruskan berdoa dan berusaha. Moga semua ujian ini menjadikan kita utuh umpama Baginda!

Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim
Setiausaha Agung BERJASA

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Quranis: Antihadis alaf baru

  1. Antara kesesatan yang cuba disebarkan di kalangan umat Islam ialah pemikiran “antihadis”. Penganutnya mendakwa bahawa sunnah/hadis…