Teruskan gelombang sokongan kita buat Palestin di media sosial!

 

BANGI– Ketua Pemuda BERJASA, Ustaz Fahmi Bazlan mengajak seluruh umat Islam memberikan sokongan penuh kepada perjuangan rakyat Palestin di media sosial masing-masing.

Gelombang kebangkitan umat Islam khususnya di Malaysia perlu dimulakan dalam memberi sokongan moral yang padu kepada masyarakat Islam di Palestin, katanya. 

“Kepada pemuda pemudi, belia Islam, remaja dan seluruh peringkat umur, penuhi ciapan di Twitter, status Facebook dan media sosial untuk berkongsi dan saling mendoakan kesejahteraan dan pertolongan Allah untuk kemenangan rakyat Palestin.  

“Semoga reaksi berterusan dan besar-besaran akan memberikan gambaran dan impak kepada kebobrokan Israel terhadap dunia Islam hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, ini adalah peluang yang perlu diambil umat Islam demi perjuangan pembebasan Al-Aqsa.

“Perjuangan ini adalah kewajiban bersama dan bukan hanya perjuangan bangsa Arab. 

“Itulah tanah wakaf milik umat Islam, kiblat pertama dan tempat ketiga paling suci dalam ibadah Islam yang seharusnya tersemat kukuh dalam jiwa dan cinta umat Islam.

“Bahkan kita harus bercita-cita supaya diizinkan Allah untuk bersolat di sana suatu hari nanti Insya-Allah,” katanya.

Selain memberikan sokongan moral, Ustaz Fahmi turut mengajak orang ramai merebut peluang infaq dan sedekah di akhir Ramadan ini untuk membantu perjuangan Palestin. 

“Sumbangan boleh disalurkan kepada Aman Palestin Berhad, NGO yang ikhlas berjuang demi pembebasan Al-Aqsa dan Bumi Palestin,” katanya.

Dalam perkembangan terbaharu, dilaporkan rejim pengganas Israel meneruskan pengebomannya di Semenanjung Gaza yang dikepung, dengan menyasarkan beberapa wilayah.

Di Gaza, pihak berkuasa kesihatan mengesahkan sekurang-kurangnya 32 orang – termasuk 10 kanak-kanak – terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza sejak Isnin. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts