Tiada keperluan kebumi jenazah Covid-19 dalam satu liang lahad

 

SHAH ALAM – Pengebumian jenazah yang meninggal dunia akibat Covid-19 dalam satu liang lahad besar boleh dilakukan sekiranya terdapat bukti ia mendedahkan risiko jangkitan kepada pasukan pengurusan jenazah.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, bagaimanapun setakat ini tiada lagi keperluan untuk berbuat demikian kerana keadaan masih terkawal.

“Kalau ada cara lain untuk elak jangkitan ini, maka kita buat yang itu dahulu, tak perlu terburu-buru kebumikan jenazah dalam satu liang lahad besar.

“Kalau boleh kita siasat dahulu adakah mereka terkena jangkitan daripada jenazah berkenaan. Perlu ada bukti yang kukuh.

“Jika kejadian berlaku secara berleluasa hingga kita tak boleh nak kawal, maka dibolehkan berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts