Tiada pilih kasih dalam hukuman

 

1. SEORANG perempuan dari Bani Makhzum telah mencuri di zaman Rasulullah. Bani Makhzum adalah antara kabilah yang mempunyai kedudukan dan pengaruh di sisi Qurasyh. Apabila perempuan ini di dapati mencuri, tiada siapa yang berani untuk memaklumkan kepada Rasulullah kerana menjaga kedudukan kumpulan manusia yang berpengaruh ini.

2. Quraysh mengambil langkah berjaga-jaga. Mereka menggunakan pendekatan memujuk Rasulullah dengan menghantar orang yang paling disayangi Baginda. Tokoh yang dipilih dalam usaha diplomasi yang salah ini adalah Usamah ibn Zaid. Usamah adalah watak yang dikenali sebagai antara orang yang sangat disayangi Rasulullah. Al-Bukhari menggunakan lafaz “hibbu Rasulillah” iaitu (orang yang disayangi Rasulullah).

3. Telahan Quraysh meleset. Apabila Usamah berusaha bercakap memujuk Rasulullah, reaksi Baginda mengejutkan. Baginda marah lalu bangkit berkhutbah. Sabda Baginda:

( أَتَشْفَعُ فِي حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللَّهِ ؟! ) ثُمَّ قَالَ : ( إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ ، أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ ، وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الحَدَّ

“Apakah kamu meminta syafaat (supaya hukuman digugurkan) berkenaan hukuman hudud ini? Sesungguhnya telah binasa umat sebelum kamu kerana apabila yang mencuri itu orang berpengaruh, kamu bebaskan. Dan apabila yang mencuri itu orang yang lemah (orang biasa) maka kamu kenakan hukuman hudud terhadap mereka.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

4. Begitulah tegasnya Baginda dalam menjalankan hukuman bagi memastikan keadilan sosial dapat ditegakkan. Pangkat dan kedudukan tidak mengecualikan seseorang daripada hukuman keadilan.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts