Tindakan PDRM banteras LTTE bertepatan konsep rahmatan lil alamin

 

BANGI – Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) memuji tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanteras kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) daripada terus berkembang di negara ini.

Menyokong usaha itu, Exco Penerangan Pemuda Isma, Muslim Abdullah Zaik berkata, tindakan PDRM juga dilihat bertepatan dengan konsep rahmatan lil alamin yang menjamin keselamatan rakyat Malaysia daripada keganasan.

“Pada masa sama, Pemuda Isma juga menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan ke atas DAP berikutan terdapat corak yang jelas pembabitan beberapa orang tokoh DAP dengan LTTE dan kenyataan jelas pimpinan DAP mempersoal tindakan polis ke atas mereka,” kata beliau kepada Ismaweb.

 

 

Terdahulu, pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy bertegas supaya polis berhenti menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), termasuk penangkapan dua ADUN yang didakwa mempunyai kaitan dengan LTTE.

Setakat ini, polis menahan 12 individu termasuk dua ADUN dari Melaka dan Negeri Sembilan daripada DAP kerana dipercayai ada kaitan dengan LTTE dalam operasi khas di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, Pulau Pinang dan Perak sejak Khamis lalu.

Hasil penggeledahan dilakukan terhadap 12 suspek, pihak polis merampas bendera, buku, poster, gambar pemimpin LTTE serta bahan berkaitan kumpulan pengganas itu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts