Toleransi jangan sampai rendahkan kedudukan Islam, lenyap imej Melayu

SHAH ALAM – Presiden Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Malaysia Mesir (Ilmam Malaysia), Dr Muhamad Zuhaili Saiman menegaskan bahawa semua pihak tidak boleh membiarkan Malaysia menjadi negara sekular.

Beliau berkata, Peruntukan Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan jelas menunjukkan kedudukan Islam yang diberikan ruang besar bagi mendaulatkan syariat Islam dengan menyeluruh walaupun secara bertahap dari semasa ke semasa.

Selain itu katanya, jika konsep Malaysian Malaysia diamalkan sehingga menghapuskan dan meminggirkan Melayu, ia tidak boleh diterima sama sekali.

“Malaysia merujuk kepada tanah bagi bangsa Melayu. Melayu adalah identiti kepada imej nasional kebangsaan dan tidak sekadar imej kaum.

“Keunikan Malaysia di peringkat sosial ialah integrasi, namun di peringkat nasional ialah Melayu sebagai imej negara bangsa bagi Malaysia,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang mengatakan DAP tidak perlu menggugurkan agenda Negara Sekular dan slogan ‘Malaysian Malaysia’ susulan persefahaman sudah dicapai antara parti dalam gabungan sebelum terbentuknya Kerajaan Perpaduan.

Anthony Loke berkata, sebelum Kerajaan Perpaduan dibentuk, semua parti membuat perjanjian dan bersetuju tidak akan menyentuh prinsip serta perlembagaan parti masing-masing.

Menurutnya, DAP juga tidak pernah meminta parti lain meminda perlembagaan kerana semua parti mempunyai prinsip perjuangan atau ideologi masing-masing.

Dalam pada itu, Muhamad Zuhaili berkata, toleransi yang diamalkan kini tidak boleh meminggirkan peruntukan Perlembagaan.

“Toleransi jangan sampai merendahkan kedudukan agama Islam dan melenyapkan imej Melayu itu sendiri.

“Boleh berpolitik namun kita ada batas dan hadnya,” katanya. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Masuk penjara jadi al-hafiz

  MARANG – ​​​​​Hikmah disebalik menjalani hukuman penjara, daripada tidak mengenal huruf dalam al-Quran kini bergelar al-hafiz. Faisal (bukan…