Tragedi Baitulmaqdis bukti pengaruh Yahudi Zionis ke atas kuasa besar dunia

 

BANGI – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, menyeru semua pihak mengambil pengajaran daripada apa yang sedang berlaku di Palestin kebelakangan ini.

Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman juga menggesa semua pihak memperbetulkan segera langkah dan tanggapan salah dalam menilai skop pertembungan antara rejim Israel dan Palestin.

“Ternyata bahawa pemahaman yang menyempitkan isu-isu krisis dalam kerangka hubungan Israel dengan Palestin, Arab serta dunia Islam adalah salah.

“Oleh itu, perjuangan membebaskan Baitulmaqdis dan Palestin harus mengambil kira penguasaan Yahudi Zionis ke atas kuasa-kuasa besar dunia,” katanya kepada Ismaweb.net, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mahu mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Beliau berkata, gerakan Yahudi Zionis yang meluas dan menyeluruh sebenarnya telah menguasai AS dan Eropah serta mengawal dunia mengikut kehendak Freemason.

Ustaz Abdullah turut yakin keputusan Trump mahu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, adalah atas arahan Freemason.

Pemimpin-pemimpin dunia pula kini seolah-olah menjadi boneka yang kelihatan dikawal dan diarah mengikut kemahuan Freemason, katanya.

“Buktinya, keputusan Trump mahu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, sekali gus memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis menunjukkan ada kaitan dengan arahan Freemason.

“Maka, apa yang dilakukan Trump menjelaskan satu hakikat strategi yang telah diabaikan oleh pihak Palestin dan dunia Islam dalam perjuangan mereka untuk membebaskan Baitulmaqdis dan membebaskan negara Palestin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ‘rancangan gila’ Trump untuk memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, sekali gus mengisytiharkan bandar yang turut menempatkan masjid suci ketiga umat Islam – Masjid Al-Aqsa – sebagai ibu negara Israel.

“Isma sebagai sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, menyeru semua pihak mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku, dan segera membetulkan langkah serta strategi dalam usaha-usaha membebaskan Palestin,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts