Tubuh aplikasi Hijrah Diri bantu golongan LGBT: Jakim

SHAH ALAM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Yayasan Ihtimam Malaysia menubuhkan aplikasi Hijrah Diri bagi memantu golongan LGBT untuk kembali kepada fitrah masing-masing.

Jakim dalam satu hantaran di Facebook miliknya berkata, buat masa ini, aplikasi tersebut hanya boleh didapati di Google Play Store sahaja.

Menurutnya, aplikasi tersebut mengandungi e-book merujuk kepada pengalaman benar seorang gay yang berhijrah pada bulan Ramadan untuk meninggalkan perlakuan homoseksual.

“Hijrah Diri ialah sebuah aplikasi inisiatif Jakim bersama Yayasan Ihtimam Malaysia untuk bantu golongan LGBT kembali kepada fitrah.

“Buat masa ini hanya ada di Google Play Store,” katanya dalam satu hantaran pada Rabu.

Mengulas lanjut, Jakim berkata, antara kandungan aplikasi tersebut ialah wirid al-ma’thurat, doa dan zikir terpilih yang warid daripada Nabi Muhammad SAW.

“Ia juga mengandungi kertas kerja berkaitan isu LGBT menurut perspektif Islam dan tazkirah dalam bentuk audio,” ujarnya lagi. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM


Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts