Tujuh terbunuh letupan di Gaza

 

SEMENANJUNG GAZA – Sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin termasuk kanak-kanak terbunuh dalam satu insiden letupan di sini, semalam.

Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, insiden letupan yang dipercayai berlaku di sebuah rumah itu turut menyebabkan 30 penduduk lain cedera.

Dalam pada itu, polis memaklumkan bahawa seorang daripada ahli keluarga berkenaan menghalakan tong gas ke arah api ketika mereka bertengkar dan menyebabkan letupan berlaku.

Saksi kejadian dilaporkan mendakwa, letupan berkenaan menyebabkan kerosakan teruk pada bangunan dua tingkat tersebut.

Setakat ini, polis masih menyiasat punca sebenar kejadian. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts