Turki belanja AS$5 bilion setahun untuk pelarian

 

ANKARA – Turki membelanjakan AS$5 bilion untuk pelarian setiap tahun, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki.

Presidennya, Mehmet Halis Bilden berkata, Kesatuan Eropah dan Turki telah menandatangani perjanjian untuk pelarian bernilai AS$3 bilion, di mana AS$1.6 bilion daripadanya adalah rasmi.

Beliau berkata, sejak April 2011 Turki telah mula menerima sejumlah besar pelarian ke negara itu.

“Semasa krisis di Syria, kita buka pintu sempadan atas arahan perdana menteri dan Presiden Recep Tayyip Erdogan. Kami membuka sempadan.

“23 pusat perlindungan ditubuhkan dan tindakan penting lain diambil,” katanya.

Mehmet berkata, satu juta daripada 3.5 juta jumlah pelarian di negara itu kini berada di universiti dan sekolah.

“Kita telah mendaftarkan 65 peratus kanak-kanak yang ingin ke sekolah. Dan kita menjangkakan semua mereka (pelarian) boleh bersekolah menjelang akhir tahun 2018.

“Sementara, perkhidmatan perubatan boleh didapati di kem kita. Mereka boleh mendapatkan sebarang kemudahan perubatan pada bila-bila masa dengan perbelanjaan awam,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts