TV AlHijrah guna tulisan Jawi dalam operasi

 

KUALA LUMPUR – TV AlHijrah mula menggunakan tulisan jawi dalam urusan dalamannya hari ini sebagai tanda sokongan kepada penggunaan tulisan itu pada setiap Jumaat.

Dalam pekeliling bertulisan jawi menggunakan Times New Roman yang diedarkan kepada pegawainya hari ini, pihak TV AlHijrah menyeru semua petugas menggunakan tulisan itu bagi sama-sama mendokong aspirasi memartabatkan tulisan jawi.

“Sebagai salah sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), TV AlHijrah turut mendokong aspirasi ini dengan kempen menggunakan tulisan jawi dalam operasi harian termasuk di dalam platform penyiaran atau tugas harian di pejabat”, kata kenyataan itu.

Antara kempen tulisan jawi yang bakal dipraktikkan oleh semua warga TV AlHijrah pada setiap hari Jumaat termasuklah memperluaskan tulisan itu dalam akaun media sosial masing-masing, seperti membuat hantaran menggunakan tulisan Jawi atau berkongsi gambar bersama papan tanda bertulisan jawi.

 

 

Selain itu stesen itu juga mengadakan pertandingan “Jawi Writing Challenge” dalam kalangan petugas, di mana mereka dikehendaki menulis semula teks yang diberikan dalam tulisan rumi ke tulisan jawi dalam masa terpantas dan penganjuran gerai foto “Semarak Jawi” bermula hari ini.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rabu lalu mengisytiharkan hari Jumaat sebagai hari penggunaan tulisan jawi sebagai usaha untuk memperkasakan tulisan itu.

Beliau juga melancarkan program Semarak Tulisan Jawi bagi peringkat agensi-agensi di bawah kementeriannya dengan menyampaikan tag nama dalam tulisan itu kepada setiap ketua agensi. – AlHijrah Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts