TV AlHijrah martabat tulisan Jawi

 

KUALA LUMPUR – TV AlHijrah melalui siaran Berita AlHijrah semalam mengambil insiatif mengangkat tulisan Jawi dengan menggunakan tulisan itu pada ‘superbar’nya dalam dua berita mengenai tulisan Jawi dan seni khat.

“Kalau bukan kita siapa lagi. Jawi bukan agama. Bukan semua berita menggunakan tulisan Jawi tapi malam ini kita cuba dua berita dulu,” kata Serieffa Mushtafa Albakry, Ketua Unit Editorial Berita AlHijrah dalam kenyataannya kepada Utusan Online malam tadi.

Idea itu timbul selepas menyedari perlunya keterlibatan media dalam mengembalikan semula kegemilangan warisan masyarakat Melayu suatu ketika dahulu.

Menurut Serieffa lagi, Berita AlHijrah akan meneruskan penggunaan tulisan Jawi dalam segmen beritanya bagi membuktikan kesungguhan dalam usaha itu.

 

 

Tulisan Jawi diperkatakan semula akhir-akhir ini apabila terdapat bantahan oleh segelintir pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan melalui Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 pada tahun 2020 di sekolah jenis kebangsaan.

Perancangan yang telah dilaksanakan melalui semakan semula kurikulum sejak tahun 2014 dan pelbagai sesi libat urus dengan pakar-pakar bahasa dan pendidikan itu bertujuan menerapkan nilai-nilai warisan bahasa Melayu dan identiti negara.

Namun, dua pertubuhan Cina, Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) menolak langkah tersebut. – AlHijrah Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts