Umat Islam digesa sertai bantahan Trump isytihar Baitulmaqdis esok

 

BANGI – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) membantah sekeras-kerasnya, tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pengerusinya, Haji Aminuddin Yahaya berkata, tindakan Trump itu telah mengundang kemarahan umat Islam seluruh dunia, terutama rakyat Palestin yang sudah sekian lama ditindas.

Katanya, selepas amaran dunia tidak diendahkan, kini tiba masanya dunia menyaksikan kebangkitan Islam sebagai tindakan balas terhadap kezaliman Amerika Syarikat.

“Justeru, kami menyeru semua NGO mahupun individu tanpa mengira bangsa, agama dan parti politik untuk hadir ke Himpunan Aman membantah tindakan Trump ini.

“Himpunan akan diadakan di perkarangan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat esok, 8 Disember.

“Semoga usaha kecil ini membuktikan solidariti sebagai rakyat Malaysia terhadap nasib saudara Islam kita di bumi Palestin,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts