UMMAH anjur himpunan satukan umat Islam Mac ini

 

KUALA LUMPUR – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) akan menganjurkan satu perhimpunan besar pada bulan Mac bagi menyatukan umat Islam dari seluruh pelosok negara.

Ketua Sekretariatnya, Haji Aminuddin Yahaya berkata, komiti bagi perhimpunan itu telah pun dibentuk dan akan memulakan tugas menjayakan perhimpunan berkenaan secepat mungkin.

Pada masa sama, beliau berkata, UMMAH juga akan mengadakan ‘roadshow’ bagi menjelaskan tuntutan-tuntutan yang dinyatakan dalam Konvensyen Kebangkitan Ummah, yang diadakan pada 13 Januari lalu, dalam masa terdekat.

“Mungkin ramai orang keliru selepas laporan yang dibuat segelintir media baru-baru ini. Kita akan perjelaskan tuntutan dalam masa sebulan dua ini.

 

 

“Roadshow berkenaan akan di buat di peringkat negeri dengan melibatkan NGO Islam dari seluruh negara, bermula Februari hingga Mac,” katanya pada sidang media yang diadakan di Taman Melawati, di sini, hari ini.

Pada konvensyen berkenaan, tujuh kluster membabitkan isu perundangan, pendidikan, ekonomi, politik, tanah rizab, sosial dan belia telah membentangkan kertas kerja masing-masing.

Aminuddin berkata, tuntutan-tuntutan daripada setiap kluster akan diserahkan kepada semua presiden parti politik dalam masa terdekat. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Sertai kempen Malaysia Subuh Berjemaah Bebaskan Al-Aqsa: bit.ly/subuhaqsa

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts