UMMAH bakal anjur konvensyen bincang kesatuan, perpaduan umat Islam

 

KUALA LUMPUR – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bakal menganjurkan Konvensyen Kebangkitan Ummah (KKU) bagi membincangkan isu-isu utama berkaitan umat Islam di Malaysia.

Konvensyen satu hari itu dijadual berlangsung pada 13 Januari tahun depan di Kompleks Pusat Islam, di ibu negara.

Ketua Sekretariat UMMAH, Aminuddin Yahaya berkata, penganjuran KKU adalah antara inisiatif gabungan berkenaan membincangkan pelbagai aspek yang menjadi kepentingan umat Islam ke arah mencapai kesatuan.

“Objektif kita adalah untuk menyemarakkan lagi kesedaran di kalangan umat Islam berhubung kepentingan kesatuan, perpaduan dalam konteks geopolitik yang berlaku hari ini, yang dilihat tiada haluan.

“Jadi kita mengajak semua umat Islam dan bukan Islam amnya, untuk kepentingan bersama.

“Kita juga menyatakan tuntutan-tuntan kita kepada pihak berkepentingan, yang akan beraksi dalam politik negara menjelang PRU14 nanti,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

UMMAH adalah platform yang menggabungkan lebih 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dengan membawa visi bersama iaitu Memperkasa Kedaulatan Islam di Malaysia.

Menurut Aminuddin, UMMAH menumpukan enam aspek membabitkan perundangan, pendidikan, ekonomi, dakwah, politik dan sosial, dengan menampilkan barisan pembentang daripada tokoh-tokoh serta pimpinan NGO yang pakar di lapangan tersebut.

“Konvensyen Kebangkitan Ummah (KKU) merupakan program yang mengemukakan pembentangan mengikut bidang-bidang kepentingan umat Islam.

“Peserta konvensyen mempunyai ruang untuk memberikan pandangan yang akan menjadi input kepada tindakan susulan UMMAH,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, UMMAH akan mengeluarkan senarai tuntutan dan menyerahkan kepada pihak-pihak berkepentingan serta bertanggungjawab.

“Justeru, UMMAH mensasarkan kehadiran seramai 1,500 orang terdiri daripada pelbagai NGO-NGO Islam, tokoh-tokoh agama, para ilmuan, ulama dan individu yang prihatin terhadap Islam dari seluruh negara,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts