UMMAH gesa polis tangkap individu pertahan LTTE

 

BANGI – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dan menangkap individu-individu yang berani menyuarakan sokongan terhadap kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Presiden UMMAH, Haji Aminuddin Yahaya berkata, individu-individu berkenaan perlu diambil tindakan, seolah-olah mereka terbabit dan terbukti mereka juga mencabar kedaulatan undang-undang negara.

Ditujukan buat pemimpin tamak haloba, DAP, beliau berkata, tindakan mereka mempertahankan ahli yang terbabit dalam LTTE juga disifatkan sebagai satu ancaman besar dan berbahaya terhadap keamanan dan kestabilan negara.

“Ini juga jelas bahawa pemimpin DAP menunjukkan sikap hipokrit dan ‘double standard’ apabila mempertahankan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti yang ditangkap baru-baru ini.

“Malah, tindakan ini seperti melindungi individu-individu terbabit serta memberi mereka kedudukan tinggi di dalam DAP yang sangat bertentangan dengan prinsip ‘Rule of Law’ yang dicanang oleh mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, 16 ahli politik kerajaan rasis Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk tindakan PDRM menahan tujuh individu,termasuk dua Adun DAP yang didakwa mempunyai kaitan dengan LTTE.

 

 

Pemimpin terbabit termasuk Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy menegaskan bahawa penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), yang membolehkan penahanan tanpa perbicaraan, tidak seharusnya berlaku di bawah Kerajaan PH.

Pada masa sama, Aminuddin turut menyeru PDRM untuk menjalankan siasatan terhadap kumpulan LTTE, terutamanya pemimpin-pemimpin DAP yang dilihat bersungguh-sungguh mempertahankan kumpulan pengganas yang licik dan bergerak secara terancang itu.

“UMMAH juga bersetuju tindakan PDRM membanterasnya dari awal sebelum ianya menjadi virus membiak di kalangan masyarakat jahil.

“Malah, UMMAH juga akan turut bersama-sama dengan pihak PDRM dalam usaha untuk menjaga keamanan negara ini daripada anasir-anasir jahat yang mengancam kedaulatan negara ini,” tegasnya.

LTTE yang diketuai V Prabhakaran mencetuskan pemberontakan pemisah untuk mewujudkan wilayah autonomi Tamil Eelam, utara Sri Lanka apabila golongan majoriti Sinhala menindas masyarakat Tamil iaitu kumpulan minoriti.

Kumpulan pemberontak itu dilaporkan tidak aktif lagi selepas Prabhakaran terbunuh dalam operasi ketenteraan Kerajaan Sri Lanka, pernah disenarai hitam sebagai kumpulan pengganas dan diharamkan lebih 30 negara, termasuk Malaysia. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. Mana lagi serta perginya suara2 drp kepimpinan serta pertubuhan2 Melayu Islam dlm menentang agenda jahat puak2 pengganas tidak bertanahair ini dlm usaha menggugat kedaulatan negara Malaya ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts