Undian PBB tolak Amerika satu kejayaan: Palestin

 

RAMALLAH: Keputusan undian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menolak pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) ke atas Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dianggap Palestin satu kejayaan buat mereka.

Jurucakap Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rudeineh yang mengalu-alukan keputusan undian itu berkata, ia adalah satu kejayaan buat Palestin.

“Kami akan meneruskan usaha di PBB dan semua forum antarabangsa untuk menamatkan penjajahan di wilayah kami serta mewujudkan sebuah negara Palestin dengan Timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara,” katanya.

Katanya, keputusan itu sekali lagi mengesahkan usaha Palestin mendapat sokongan undang-undang antarabangsa dan tiada keputusan oleh mana-mana pihak boleh mengubah realiti.

Sementara itu, Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu berkata, masyarakat antarabangsa menunjukkan dalam undian PBB berkaitan status Baitulmaqdis bahawa ‘maruah dan kedaulatan bukan untuk dijual.’ – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts