home Semasa UPSR 2016: Sakit tapi cemerlang

UPSR 2016: Sakit tapi cemerlang

 

Kota Bharu: Murid cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ibrahim 2, Pasir Mas yang menghidap kanser kalenjar menerima keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini, hari ini.

Slip keputusan disampaikan guru besar sekolah itu, Tuan Khamsiah Tuan Yusoff dan beberapa guru sekolah berkenaan.

Wan Adibah Farhani Wan Mazlan, 12, adalah seorang daripada tiga murid SK Sultan Ibrahim 2 yang memperoleh keputusan 6A.

Dia sudah menjalani rawatan di HUSM sejak 4 September, iaitu sehari sebelum peperiksaan dijalankan.

Ibunya, Ani Harun, 48, yang juga seorang guru, bersyukur anaknya mampu mengekalkan kecemerlangan meskipun terpaksa menjawab kertas peperiksaan di dalam wad.

“Disebabkan penyakitnya, Wan Adibah tidak sempat membuat ulang kaji pelajaran sepenuh masa seperti dilakukan ketika peperiksaan percubaan yang memperoleh 6A.

“Namun untuk memberikan sepenuh perhatian dan semangat kepadanya yang juga anak bongsu daripada empat beradik, saya mengambil cuti tanpa gaji selama hampir tiga bulan.

“Alhamdulillah, pada hari ini selepas keputusan diumumkan, saya gembira dia berjaya kekalkan kecemerlangannya,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Sementara itu, Tuan Khamsiah berkata, Wan Adibah adalah murid cemerlang dan menjadi harapan sekolah.

“Pada hari ini, dia mampu membuktikan kesakitan yang dialaminya selama ini tidak pernah menjadi penghalang untuk meraih kejayaan.

“Dengan kejayaannya pada hari ini, ia boleh dijadikan sumber inspirasi kepada murid lain,” katanya. – hmetro

www.indahnyaislam.my

text gambar

2 thoughts on “UPSR 2016: Sakit tapi cemerlang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *