Usaha taqrib adalah muslihat Syiah untuk ‘mensyiahkan’ Ahli Sunnah

 

KOTA SAMARAHAN – Usaha taqrib antara Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah tipu daya dan helah licik oleh puak Syiah untuk ‘mensyiahkan’ pengikut-pengikut ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Ketua Unit Kajian Syiah Ikatan Muslimin Malaysia, Ustaz Mohamad Ismail berkata, Syiah akan manfaat usaha taqrib ini untuk menyebarkan fahaman dan doktrin sesat mereka kepada pengikut ASWJ terumatanya di pelusuk-pelusuk kampung dengan kaedah menyamar menjadi seperti orang alim dan mengamalkan ‘taqiyyah’ iaitu berbohong atas nama Islam.

Beliau berkata demikian dalam sebuah ceramah umum bertajuk Bahaya Syiah anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kota Samarahan dengan kerjasama AJK Masjid Darul Ulum Taman Desa Ilmu baru-baru ini.

 

 

“Antara ajaran sesat Syiah yang bertentangan dengan ASWJ yang cuba disebarkan ialah mengatakan bahawa imam-imam mereka maksum, mengkafirkan para Sahabat Rasulullah SAW, mengatakan bahawa Al-Quran telah diselewengkan, mengatakan bahawa Allah SWT bersifat jahil (Al-Bada’), menghalalkan nikah Mut’ah, mengatakan ASWJ memusuhi Ahlul Bait dan lain-lain,” katanya.

Bagi membanteras ajaran sesat Syiah, Ustaz Mohamad mencadangkan bahawa perlu ada kesepakatan di kalangan umat Islam tanpa mengira latar belakang demi menyelamatkan akidah umat di Malaysia.

“Kita sebagai umat Islam perlu bersepakat, tak kira kita daripada parti hijau atau merah. Kita perlu bersatu dan beri kesedaran kepada masyarakat demi menegakkan agama Islam dan menghindarkan doktrin Syiah daripada mempengaruhi  masyarakat,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts