Wajahnya tenang dan berseri: Dr Fadi Albatsh

 

“SENYUMANNYA masih sama seperti ketika dia masih hidup,” kata Ilman Abdul Razak, salah seorang penuntut Allahyarham Dr Fadi M R Al-Batsh Fatma yang berpeluang menatap wajahnya buat kali terakhir.

Penuntut semester empat jurusan Kejuruteraan Elektrikal Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UNIKL BMI) itu berkata, semasa hayatnya Fadi memang seorang yang ceria dan selalu tersenyum.

“Senyumannya pasti tidak akan dapat saya lupakan apabila berpeluang menatap wajahnya buat kali terakhir. Saya terkejut melihat senyuman itu masih ada.

“Beliau seorang pensyarah yang sangat baik kepada semua pelajarnya. Saya tidak sangka selepas ini saya tidak berpeluang lagi untuk mendengar celotehnya dalam kelas,” katanya kepada pemberita.

Penuntut semester empat jurusan sama Muhammad Shariq Hazard berkata, wajah Allahyarham Fadi dilihat sangat tenang.

“Saya lihat dia seperti sedang tidur, sukar untuk mempercayai beliau sudah tiada.

“Dia menjadi pensyarah saya sejak semester satu sehingga empat, dan memang seorang pensyarah yang hebat.

“Subjek yang sebelum ini sukar untuk difahami menjadi lebih mudah apabila dia yang mengajar, malah sentiasa mengajar luar daripada silibus,” katanya.

Seorang lagi penuntut Nur ‘Izzati Mohd Danial berkata, dia antara yang terkesan dengan kejadian yang menimpa pensyarah itu kerana Allahyarham adalah penyelia untuk projek tahun akhirnya dalam bidang kejuruteraan elektrik.

“Sampai satu tahap saya sampai terfikir untuk menangguhkan pengajian atas apa yang berlaku kerana saya seperti kehilangan mentor,” katanya

Menurut Nur ‘Izzati yang berasal dari Ipoh, Perak, dia sudah dua tahun menjadi pelajar Fadi dan kali terakhir bertemu dengan Allahyarham pada 3 petang Jumaat lalu untuk berbincang mengenai projek akhirnya.

“Dia orang yang sangat mesra dan amat murah dengan senyuman.. dia akan beri salam terlebih dahulu sekiranya terserempak dengan kami, tidak mungkin ada musuh yang mahu menyakitinya.

“Saya bersyukur dapat menatap wajahnya buat kali terakhir.. tenang dan berseri-seri, namun saya berasa amat sayu dengan kejadian yang menimpanya,” katanya dalam nada sebak. – Harian Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. Alfatihah…..Allahuakbar tangisan yang tiada kesudahan kehilangan ulama yg hebat seperti beliau….wajah yg tenang…senyuman arwah yg trlalu manis….Subhanallah….semoga Allahswt tmptkn beliau d tempat paling indah d SANA..dan sya berdoa ke hadrat Allahswt semoga memberi pembalasan yg setimpal kepada lelaki2 durjana dan pengkhianat agama itu….Amin..Amin…YaRobol Alamin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts