Jawi tekad tingkatkan penguatkuasaan undang-undang Syariah

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tekad untuk meningkatkan penguatkuasaan berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Pengarahnya Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, pihaknya sentiasa berusaha memastikan setiap permasalahan yang bersangkutan dengan Akta 559 diberi perhatian untuk diselesaikan.

“Semalam kita menerima sebuah Black Maria yang akan digunakan untuk memperkasakan tindakan penguatkuasaan.

“Ia sebagai bukti kita serius menangani pelbagai isu berkaitan kesalahan syariah dan ia akan meningkatkan elemen penguatkuasaan selepas ini,” katanya.

Mohd Ajib berkata, pasukan Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) akan menggunakan kenderaan itu semasa menjalankan operasi bersepadu bersama agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta membawa Orang Yang Disyaki (OYDS) yang ditahan untuk proses siasatan.

“Jawi melalui bahagian penguatkuasaan beriltizam untuk terus menguatkuasakan undang-undang syariah serta melaksanakan tindakan pencegahan bagi menegakkan amar makruf dan nahi mungkar dalam kalangan umat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

“Kita akan bawa Black Maria ini di dalam program bersama masyarakat agar mereka tahu bahawa Bahagian Penguatkuasaan sentiasa bersedia menjalankan tugas untuk menguatkuasakan undang-undang.

“Dengan adanya Black Maria ini, kita akan terus memberikan yang terbaik untuk memartabatkan agama, memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai Islam” katanya.- My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts