Wanita agama Buddha peluk Islam pada sambutan Aidiladha

 

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas beragama Buddha memeluk Islam selepas mengucap dua kalimah syahadah di depan kira-kira 3,000 mualaf lain pada Majlis Korban Perdana Bersama Mualaf di padang bola Kampung Cheras Baru di sini, hari ini.

Wong Lan Eng, 70, yang sudah lama berhasrat memeluk Islam, akhirnya bersedia selepas diislamkan oleh anaknya sendiri, Muhammad Johan Haiqal Abdullah, 37, sebentar tadi.

Johan Haiqal yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Belia dan Masyarakat Malaysia berkata, beliau gembira dan berbangga kerana ibunya sangat tenang ketika proses pengislamannya terutama tepat pada sambutan Aidiladha hari ini.

“Hari ini ibu mengucapkan dua khalimah syahadah di depan saya dan kakak, Shila Lama. Buat masa ini, ibu belum mempunyai nama Islam tetapi beliau pernah memaklumkan mahu menggunakan nama Fatimah,” katanya ketika ditemui selepas proses pengislaman itu di sini, hari ini.

Beliau berkata, ibunya tidak mempunyai masalah ketika mengucapkan dua khalimah syahadah itu, sebaliknya lancar ketika berbuat demikian. “Ibu yang dulunya seorang penganut agama Buddha yang tegar kini sudah sah seorang Islam. Saya harap ibu akan mengamalkan ajaran agama baharunya dengan baik,” katanya yang memeluk Islam sejak 10 tahun lalu.

Sumber: Berita Harian

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts