Bahasa Melayu, agama Islam, sistem beraja teras perpaduan Brunei

Kuala Lumpur– Brunei berteraskan kepada tiga elemen yang menjamin perpaduan dan ikatan masyarakatnya tanpa mengira agama dan bangsa hingga ke hari ini.

Ketiga-tiga elemen itu adalah penting yang mana diperjuangkan Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddin dengan kerajaan British sehingga beliau tidak mahu menerima apa pun bentuk penyatuan sama ada besar ataupun kecil selepas Perang Dunia Kedua

Pengetua Pusat Sejarah Brunei, Dr Muhammad Hadi Muhammad Melayong berkata, Brunei hampir satu abad bernaung di bawah kuasa British sehingga pemerintahan Almarhum yang ingin mengembalikan status negara itu sebagai sebuah negara Melayu Islam beraja.Artikelpp0

“Iaitu berdasarkan Melayu Brunei tujuh puak berbudaya Melayu, berbahasa Melayu kerana bahasa itulah penyatuan kita di alam Melayu yang merupakan luar perangka Melayu.

“Penyatuan sistem beraja mewujudkan identiti kekuasaan Melayu dan Islam yang menyebabkan perkembangan di alam Melayu berkembang di kurun ke-14,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bertajuk ‘Wacana Kesatuan Umat Islam Serantau Angkat Idea Melayu Raya’ di Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) di sini, pada Sabtu.

Katanya lagi, berdasarkan perjanjian 1959 – yang ditandatangani Brunei bersama British – maka wujud kemerdekaan dalam negeri pada 29 September 1959.

Bagaimanapun kuasa luar dan pertahanan bagi Brunei masih di tangan British, katanya.

“Jadi dalam perjuangan untuk mengembalikan kedaulatan Brunei dan menegakkan syiar Islam sebagai agama rasmi, maka Almarhum terus berunding dengan kerajaan British.

“Tetapi telah mendapat cabaran dalam negeri yang membawa kepada pergolakan politik sehingga kepada Gagasan Malaysia dan konfrontasi 1963 sehingga 1966,” katanya

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts