Warga asing lengkap vaksinasi boleh solat di surau, masjid

Ipoh: Warga asing lengkap dos vaksinasi serta kanak-kanak dan remaja berusia 12 tahun ke atas dibenarkan untuk solat fardu dan Jumaat di masjid serta surau di seluruh Perak, berkuat kuasa hari ini sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berfasa.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata, kebenaran itu diberi selepas mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Beliau berkata, selain kebenaran terbabit, semua aktiviti pengajian dan pengimarahan di masjid dan surau seperti Program Sambutan Maulidur Rasul, Sambutan Maal Hijrah, dan program berkhatan turut dibenarkan termasuk membabitkan peserta dari luar kariah, namun masih dalam negeri Perak.

“Kebenaran diberikan kepada warga asing dengan syarat mereka sudah mengambil dua dos vaksin (Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac) dan melepasi 14 hari selepas dos kedua; atau satu dos vaksin bagi (Cansino, Maderna dan Johnson & Johnson) dan melepasi 28 hari selepas dos pertama itu.

“Mereka hendaklah mematuhi semua syarat lain seperti jemaah warganegara tempatan.

“Bagi penganjuran program, ia hendaklah mematuhi garis panduan ditetapkan JAIPk dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya menerusi pekeliling dikeluarkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid serta Surau serata Perak, semalam.

Beliau berkata, selain itu aktiviti membaca al-Quran dibenarkan menggunakan al-Quran yang terdapat di masjid dan surau di samping membenarkan pintu masjid dibuka sepanjang (waktu) solat atau selepas solat.

Menurutnya, pihak pengurusan masjid dan surau diminta mematuhi pekeliling itu dan garis panduan sedia ada bagi mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19, menetapkan langkah pencegahan dan keselamatan bagi memastikan kesihatan awam tidak terjejas. -My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
2
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts