Wilayah Persekutuan cadang bekukan lesen arak

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) tidak menolak kemungkinan untuk membekukan semua aktiviti pengeluaran dan penjualan arak susulan kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk semakin menjadi-jadi sejak mutakhir.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa menegaskan cadangan pembekuan mungkin dilaksanakan sehingga satu garis panduan diwujudkan dan semakan perundangan dilakukan pihaknya.

“Dengan berlakunya kejadian pemandu mabuk dan menyebabkan kemalangan, adalah wajar pengeluaran lesen baru menjual arak dibekukan sehingga satu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan.

“Lesen premis pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu diperketatkan,” katanya ketika menciap di Twitter miliknya.

Kejadian kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk semakin tidak terkawal dan terbaru seorang penghantar makanan FoodPanda menjadi mangsa seterusnya dalam satu kejadian, awal pagi tadi.

Nahas itu berlaku kira-kira jam 1.30 pagi di Lebuh Raya Iskandar menghala ke Kuala Lumpur.

Semasa berada di kawasan tersebut, motosikal yang ditunggang oleh mangsa, Mohamed Zaili Mohamed, 44, dirempuh dari arah belakang oleh pemandu lelaki di bawah pengaruh alkohol yang memandu kereta Nissan Livina.

Katanya, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa selepas menghantar makanan yang dijual oleh isterinya. – MalaysiaGazette

www.indahnyaislam.my

—-—

Setkan ‘See First’ fb page Indahnya Islam atau ikuti telegram Indahnya Islam agar anda sentiasa dapat mengikuti pelbagai bahan-bahan menarik berkaitan kesyumulan Islam.

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

PNB pelopori patuh syariah

  KUALA LUMPUR – Kesedaran pelabur terhadap patuh syariah mendorong Permodalan Nasional Berhad (PNB) memastikan agenda itu dipenuhi…