Yayasan Ikhlas beri sumbangan kepada 1,554 individu dan keluarga

photo_2016-07-13_09-16-47-1024x682

 

BANGI – Kira-kira 1,554 individu termasuk keluarga menerima sumbangan Ramadan menerusi misi bantuan projek Bakul Kasih Ramadan anjuran Yayasan Ikhlas.

Program itu telah berjaya mengumpulkan sumbangan orang ramai dan Badan Korporat menerusi kutipan di atas talian (online) serta tabung Yayasan Ikhlas.

Sumbangan berjumlah RM121,771.80 telah diagihkan kepada 1180 keluarga miskin, 274 anak-anak yatim dan miskin, 80 orang mualaf dan 20 keluarga bukan Islam.

Sumbangan itu telah diserahkan kepada penerima dalam 19 misi yang dijalankan bermula 8 Jun 2016 sehingga 4 Julai lalu.

Antara badan korporat yang menyumbang ialah Etiqa Takaful Berhad, PKNS Real Estates Sdn Bhd (PREC), Tesco Stores (M) Kota Bharu, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, UDA Holdings Berhad, Bank Muamalat, Syarikat Abdul Ghaffar Tradding (SAG), Surau Al Amin Dataran Maybank, Hospital Islam Az Zahra, Syarikat Faiza, Central Sugars Refinery (CSR), Customs KL, Hospital Kajang, Maghfirah Pustaka, Kopi Press dan Tarbiah Sentap.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Ikhlas, Datuk Mohd Rosli Ramli berkata, purata kadar kemiskinan bagi Bumiputera masih ramai dan ia perlu diberi perhatian serius.

Sehubungan itu katanya, Yayasan Ikhlas memainkan peranan menjalankan projek Bakul Kasih Ramadan di seluruh Malaysia dan mensasarkan asnaf dari golongan miskin, mualaf, anak yatim terutamanya Bumiputera.

“Sebagai seorang Islam, umat ini adalah sebahagian dari jasad kita yang wajib kita jaga dan hargai.

“Menjadi tanggungjawab kita membantu mereka yang memerlukan menringankan beban dan kesulitan yang dialami,” katanya dalam satu kenyataan.

www.yayasanikhlas.org.my

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/07/yayasan-ikhlas-beri-sumbangan-kepada-1554-individu-dan-keluarga/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts