Zionis bantah kunjungan PBB ke wilayah Palestin

 

NEW YORK: Israel membantah lawatan dirancang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke wilayah Palestin untuk meneliti keadaan di situ, kata Duta Kuwait semalam.

Kuwait dan beberapa negara anggota majlis berkenaan mencadangkan lawatan ke wilayah berkenaan pada mesyuarat minggu lalu mengenai keputusan rejim Zionis menamatkan tugas pemerhati antarabangsa di Hebron.

Pada mesyuarat tertutup semalam, presiden majlis memberi taklimat kepada anggota mengenai perbincangan yang diadakan dengan Israel dan Palestin mengenai cadangan lawatan itu.

“Katanya, Israel menolak lawatan itu. Mereka tidak mahu menerima kunjungan Majlis Keselamatan walaupun sedia menyambut delegasi negara anggota agensi itu.

“Kami kesal kerana kunjungan ini tidak akan berlaku kerana ia sudah dibangkitkan beberapa kali oleh majlis,” kata Mansour al-Otaibi, kepada wartawan selepas mesyuarat.

Lawatan itu dibuat pada saat genting kerana Israel bakal mengadakan pilihan raya pada April dan Amerika Syarikat dilaporkan mengenakan sentuhan akhir kepada proses damai yang ditunggu-tunggu.

Majlis Keselamatan turut menerima beberapa resolusi mengenai proses damai Israel-Palestin yang mahukan penyelesaian dua negara dan mengadakan mesyuarat bulanan mengenai konflik itu. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts