Zionis ceroboh hospital cari pemuda Palestin parah ditembak

 

RAMALLAH – Rejim penjajah Israel menyerbu Hospital Makassed di Baitulmaqdis Timur malam tadi, mencari seorang pemuda Palestin yang cedera parah akibat ditembak rejim ketika pertempuran di kejiranan Silwan.

Menurut sumber perubatan, seorang pemuda dibawa ke hospital Makassed dalam keadaan parah selepas ditembak pasukan pengganas Israel. 

Tidak lama kemudian, rejim menyerbu hospital untuk mencari mangsa dan memasuki semua tingkat bangunan sehingga mencetuskan panik puluhan pesakit lain yang menerima rawatan. 

Difahamkan, kumpulan pemuda Silwan bertempur dengan pasukan Israel yang menyerang kawasan kejiranan dan memprovokasi penduduk Palestin. 

Rejim kemudiannya bertindak melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka dan rumah di kejiranan itu, selain memasang kamera pengawasan bagi memantau penduduk di kawasan terbabit. 

Malah, rejim penjajah turut bertindak menyerang sebuah trak, termasuk menyembur air kotor dan busuk di setiap rumah serta jalan di Silwan. –  Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts