11 negara Arab beri amaran kepada PBB mengenai tingkah laku Iran

pbb

 

NEW YORK – Campur tangan berterusan Iran terhadap hal ehwal dalaman negara-negara Arab mendapat kritikan teruk menerusi surat yang diedarkan kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Dalam surat kepada Presiden UNGA, Peter Thomson, 11 negara iaitu Arab Saudi; Emeriah Arab Bersatu (UAE); Bahrain; Mesir; Jordan; Kuwait; Maghribi; Oman; Qatar; Sudan dan Yaman, juga mengecam tindakan Iran menaja keganasan di rantau itu – terutama di Yaman apabila menyediakan sokongan kewangan, strategi dan ketenteraan kepada militan Houthi.

Kumpulan 11 negara itu memberi amaran kepada anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai polisi peluasan kuasa Iran, pelanggaran secara terang-terangan kedaulatan negara, gangguan yang berterusan dalam hal ehwan dalaman negara Arab dan mencetuskan ketegangan di Timur Tengah.

Tindakan Iran memberi latihan ketenteraan kepada militan Syiah Houthi, menyeludup senjata dan peluru ke Yaman, adalah pelanggaran terang-terangan Resolusi 2216 dan 2231 Majlis Keselamatan PBB, kata kumpulan 11 negara itu.

Semua negara itu juga mengutuk serangan militan Houthi ke atas kapal awam UAE ‘Swift’ di Selat Al-Mandab 1 Oktober lalu – pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa, yang mana Majlis Keselamatan menganggapnya sebagai ancaman kepada kebebasan pelayaran kapal penumpang.

Kumpulan 11 negara itu juga berkata, gabungan bagi mewujudkan semula kerajaan yang sah di Yaman dilancarkan sebagai tindak balas kepada permintaan kerajaan negara itu, mengikut undang-undang antarabangsa.

Kumpulan itu juga menggesa Iran menyerahkan kembali tiga pulau milik UAE di Teluk Arab iaitu Greater Tunb, Lesser Tunb, dan Abu Musa.

Surat itu ditandatangani oleh semua wakil tetap negara berkenaan ke PBB, dan diedarkan kepada 193 negara anggota lain. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts