4 terbunuh, puluhan cedera letupan depoh senjata Kazakhstan

ANKARA – Sekurang-kurangnya empat terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam kejadian siri letupan depoh senjata di Kazakhstan pada Khamis, menurut seorang pegawai Kementerian Pertahanan semalam

Letupan berlaku di depoh senjata yang terletak di wilayah Taraz, selatan Zhambyl bersempadan dengan Kyrgyzstan, lapor Agensi Anadolu..

“Sebanyak tujuh letupan kedengaran antara 7 hingga 8 malam waktu tempatan (1300-1400GMT) Khamis,” kata pegawai yang enggan namanya disiarkan.

Beliau berkata jumlah mangsa yang cedera mungkin bertambah.

“Penduduk di perkampungan berhampiran telah dipindahkan ke lokasi selamat,” kata pegawai itu, sambil menambah pihak atasan sedang menyiasat punca kejadian.

Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev pada Khamis berkata sekitar 30 orang cedera dalam kejadian itu.

“Usaha memadam kebakaran sedang dilakukan. Malangnya, jumlah mangsa semakin meningkat, tetapi keadaan masih terkawal,” katanya.

Menurut agensi berita KazTag, lebih 400 penempatan sementara disediakan kepada penduduk yang terjejas.

Kira-kira 32 doktor dan 56 pasukan perubatan dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membantu merawat mangsa, 66 mangsa yang cedera telah dimasukkan ke hospital. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts